Cuba R090L Anak Angkatnya, Lelaki Ini Di Penjara 10 tahun dan 1 sebatan


KOTA KINABALU: Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sekali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana cuba merogol anak angkatnya, pada bulan Mei lalu.

Hakim Azreena Aziz, ketika menjatuhkan hukuman itu turut mengarahkan tertuduh yang juga bekerja sebagai buruh membayar pampasan RM5,000 kepada mangsa yang mengalami trauma akibat kejadian berkenaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 1 tengah hari pada 15 Mei lalu, tertuduh didakwa cuba merogol wanita berusia 22 tahun yang sedang mencuci kain di sebuah perigi di Bukit Tampalagus di Kampung Malalia di Sipitang.

Dia telah memukul mangsa sebanyak tiga kali menggunakan pencedok air (gayung) dan mencabulnya sebelum mangsa berjaya menendang tertuduh dan melarikan diri.

Pada 22 Mei lalu, tertuduh ditahan selepas mangsa mengaku kejadian itu kepada kakak iparnya.

Dalam rayuannya, tertuduh meminta hukuman diringankan kerana dia menyara keluarganya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim berkata, lelaki itu telah melakukan kesalahan yang serius.

Tertuduh ketika ini juga menjalani hukuman penjara lima bulan sejak 29 Mei lalu dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki dokumen pengenalan diri mengikut Seksyen 6 (7) (c) Akta Imigresen 1959/1963.

0 Response to "Cuba R090L Anak Angkatnya, Lelaki Ini Di Penjara 10 tahun dan 1 sebatan"

Post a Comment

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==