KOTA SAMARAHAN - Seorang lelaki warga emas yang disyaki MER090L seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun diberkas polis di Matang di sini hari ini.
Suspek berusia 70 tahun itu ditahan oleh sepasukan angggota polis kira-kira pukul 11 pagi susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa mangsa terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, mangsa yang ditemani ibu bapanya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Kota Samarahan di sini semalam.
"Berdasarkan laporan diterima, suspek yang sering datang dan menetap di rumah keluarga mangsa didakwa masuk ke bilik kanak-kanak terbabit pada pukul 2.30 pagi semalam.
"Suspek kemudian didakwa MER090L mangsa yang ketika itu sedang tidur sebelum dia terjaga akibat perbuatan terkutuk warga emas berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Soon Kuai menambah, mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
Katanya, polis akan melakukan permohonan reman dari mahkamah ke atas suspek untuk siasatan lanjut.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keksaan kerana merogol," ujarnya lagi. -K! ONLINE
0 Response to "Padah R090L Kanak-Kanak 11 Tahun, Seorang Datuk Berusia 70 Tahun Warga Emas Diberkas"
Post a Comment