Wanita Dilanggar Kereta Api, Lelaki Ini Boleh Pula Selamba 'Selfie' Di Tempat Kejadian



Pasukan penyelamat bergegas ke landasan untuk memberikan bantuan apabila seorang wanita Kanada cedera parah akibat dilanggar kereta api dalam kejadian di utara Itali.

Namun, seorang lelaki menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia dengan selamba mengambil swafoto berlatabelakangkan kejadian tersebut. Cuba anda bayangkan berada dalam situasi ini, masih tergamakkah untuk bertindak sedemikian?

Tindakan lelaki itu kemudiannya berjaya dirakam oleh seorang jurufoto berita yang menyifatkannya sebagai langsung tidak beretika.

Susulan itu, lelaki muda berkenaan ditahan oleh pihak polis dan dipaksa memadam foto berkenaan. Setelah siasatan dilakukan, dia masih tidak mahu mengaku bersalah.

Lelaki itu, Corriere della Sera dikatakan membuat tanda 'V' (kemenangan) menggunakan jarinya sewaktu merakamkan swafoto kontroversi berkenaan.

Gambar tersebut  kemudiannya telah menjadi paparan utama akhbar-akhbar di Itali dan tular di laman sosial.

Wartawan, Girogio Lambri yang merakam kejadian itu berkongsi pengalamannya pada Ahad lalu menerusi akhbar Liberta menggunakan tajuk berita 'Sifat barbarik yang tidak anda jangka: swafoto di hadapan tragedi.'

Kejadian itu berlaku di platform stesen kereta api Piacenza pada 26 Mei lalu.

Dalam pada itu, mangsa telah dibawa ke hospital dan kakinya terpaksa dipotong.

0 Response to "Wanita Dilanggar Kereta Api, Lelaki Ini Boleh Pula Selamba 'Selfie' Di Tempat Kejadian"

Post a Comment

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==