Kecoh! R090L bergilir-gilir: Sembilan anggota tentera direman..


JOHOR BAHRU: Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di Kluang, pada pertengahan Disember lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenar reman bermula hari ini.

“Saya mengesahkan (polis menerima) laporan yang dibuat (mangsa). Sembilan yang ditahan direman tujuh hari hingga 1 Mac,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Difahamkan kesemua anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut. — Bernama

0 Response to "Kecoh! R090L bergilir-gilir: Sembilan anggota tentera direman.."

Post a Comment

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==