Isteri kerat, Buang K3M4LU4N Suami Keluar Tingkap


BANGKOK - THAILAND. Seorang lelaki di Thailand terpaksa menanggung kesakitan apabila K3M4LU4NNYA dikerat sebelum dibuang keluar tingkap oleh isterinya gara-gara menjalin hubungan bersama wanita lain.

Karuna Sanusan, 24, berasal dari Kemboja memberitahu polis dia mengejutkan suaminya, Siripan, 40, daripada tidur lalu mengerat K3M4LU4N lelaki berkenaan menggunakan pisau.

Sanusan lalu mencampak keluar K3M4LU4N suaminya daripada tingkap bilik tidur kediaman mereka di Sriracha, Bangkok.

Pihak polis tiba bersama pasukan paramedik setelah menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang terdengar jeritan mangsa.

Siripan segera dibawa ke Hospital Samitivej Sriracha namun menurut sumber paramedik, mangsa kehilangan banyak darah dan mungkin akan mengalami kecacatan kekal.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Sriracha Kolonel Somkid Boonlert berkata, dalam kejadian awal pagi semalam, si isteri mengaku mengerat K3M4LU4N suaminya kerana berang dengan kecurangan lelaki berkenaan.

"Polis telah menahan Sanusan untuk tindakan lanjut dan tidak dibenarkan menemui suaminya," ujar  Boonlert. - Dailymail

0 Response to "Isteri kerat, Buang K3M4LU4N Suami Keluar Tingkap"

Post a Comment

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==